Sayangku,
aku benar-benar tidak mengerti apakah perasaanku terhadapmu.
Adakah semua ini hanya permainan semata-mata?
Aku keliru.
Hanya satu yang ku yakin.
Ku tk rela kehilanganmu.
Sukar.
Sungguh sukar bagiku untuk menerima sesiapa buat masa ini.
Belum tiba masanya.
Pintu hatiku benar-benar sudah terkunci.
Namun, semenjak kehadiranmu, segalanya berubah semula.
Sejarah yang kusangka kian pupus, kembali menghantui.
Aku sering gelisah di saat berjauhan denganmu.
Aku mula risau setiap kali suara merdu mu itu tidak kedengaran.
Aku tidak berani mengatakan bahawa diri ini menyintaimu, sayang.
Aku sendiri tidak mengerti akan perasaanku.
Mengapakah kisah silam sering berulang-ulang.
Aku tidak mahu mengakui apa-apapun sekarang.
Aku telah lalui semua ini.
Ku yakin jika aku mengakuinye sekarang, segalanya akan berubah.
Apatah lagi, kita berdua baru berkenalan.
Aku juga takut bertepuk sebelah tangan.
Sayangku,
Usah kau mempermainkan perasaanku.
Usahlah menyakiti hatiku.
Hatiku tercalar dengan hanya sekadar mempelajari kisah silam mu.
Apatah lagi jika kau memperpatungkan diriku ini.
Janjiku padamu.
Diri ini akan menjagamu selalu,menyayangimu seiklasnya.
Aku terima dirimu seadanya, sayang.
Katakanlah padaku bahawa kau juga merasakan apa yang kurasa, sayang.
Lafazkanlah.
Akan ku buktikan sekuat mana cintaku ini.
Kan ku daki gunung tinggi.
Kan ku selami lautan api.
Kan ku capai bintang di langit hanya untukmu, sayang.
Kerna hakikatnya
aku menyintai mu sepenuh,
setulus hati ini.
Kau pergi jua
Wajahmu..
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu..
Mengapa sering terbayang di mataku
Sehingga terbawa di dalam mimpiku
Sayangku..
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Inginku suntingmu menjadi milikku
Lantas ku abadikan dalam jiwaku
Sayangnya..
Harapan yang selama ini ku bawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cintaku kini membara
Belum sempatku curahkan kasihku
Kau pergi tak kembali